'Kalau tak menjadi sekali lagi' - Utusan Malaysia

‘Kalau tak menjadi sekali lagi’

NAJIB TUN RAZAK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: “Kalau tak menjadi sekali lagi? .”

 Itu ayat terakhir  yang dipetik daripada satu hantaran bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menerusi akaun Facebooknya hari ini.

 Kata-kata tersebut terus mengesahkan Najib mempertikaikan tindakan dan keputusan kerajaan Perikatan Nasional diterajui PM8 . Najib kerap menggunakan `kod’ ini tanpa menyebut nama penuh perdana menteri sekarang.

Beliau bertanya lagi : “Apa pandangan kawan-kawan semua terhadap Pelan Pemulihan (Nasional) diumum PM8 hari itu?

Kata Najib lagi, difahamkan kebanyakan perniagaan biasa yang bukan dikategorikan sebagai keperluan (essential) hanya akan dibenarkan sambung beroperasi dalam bulan September atau Oktober iaitu pasa Fasa 3, Pelan Pemulihan Nasional (PPN).

“Saya tidak tahu jika kerajaan PN sedar bahawa negeri Kelantan dan sebahagian besar Kedah sudah bawah PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) 3.0 sejak bulan April manakala PKP 3.0 seluruh negara sebenarnya bermula pada 12 Mei.

“Ini bermakna kebanyakan sektor ini tidak dibenarkan beroperasi antara empat hingga tujuh bulan lamanya manakala sektor pelancongan perlu tunggu selewatnya sehingga akhir tahun.

“Adakah bantuan kerajaan memadai untuk perniagaan seumpama ini menghadapi tempoh sekurang-kurangnya empat  bulan atau selewat-lewatnya tujuh bulan tanpa sebarang pendapatan?, ” ujarnya.

Bermakna kata Najib, segala bil air, bil api perlu dilangsaikan. Ini pulak anak anak belajar di rumah. Sewa kedai perlu dibayar tapi tak boleh ke kedai. Pada masa sama, makanan pun perlu dibeli untuk hidup.

Menurut beliau,  alangkah baiknya sekiranya kerajaan PN tidak berdegil dan telah melaksanakan PKP 2.0 pada bulan Januari sebagaimana PKP 1.0 dengan bantuan wajar yang tempohnya cuma 45 hari sahaja.

“Pelan pun hanya jangkaan seperti sama seperti semasa PKP 2.0 untuk (angka jangkitan harian) Covid-19 jatuh ke dua angka menjelang bulan Mei., “ujarnya.

Kalau tak menjadi sekali lagi? – UTUSAN ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya