'Jika secepat mungkin, maka secepat mungkin perlu diadakan' - Utusan Malaysia

‘Jika secepat mungkin, maka secepat mungkin perlu diadakan’

AHMAD ZAHID HAMIDI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA : Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berpandangan, jika Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah persidangan Parlimen diadakan secepat mungkin, maka ia perlu diadakan segera.

Jelas beliau, walaupun tafsiran secepat mungkin bersifat subjektif, namun, masih ada aspek-aspek yang boleh mentafsirkannya.

“Tafsiran secepat mungkin bergantung kepada keadaan atau sesuatu perkara. Ini ‘common sense’ yang murid sekolah pun tahu.

“Sebagai contoh, guru ketika mengajar mengarahkan murid membuka buku teks secepat mungkin, maka tempoh beberapa saat adalah secepat mungkin. Jika guru meminta murid menyiapkan kerja rumah secepat mungkin, maka tempoh beberapa hari adalah secepat mungkin.

“Secara umum, jika sesuatu itu mudah dilakukan, maka, tempoh beberapa saat, minit atau jam atau hari adalah secepat mungkin. Jika sesuatu yang sukar, maka, tempoh beberapa minggu, bulan atau tahun mungkin ditafsirkan sebagai secepat mungkin,” katanya dalam hantaran Facebook beliau hari ini.

Yang di-Pertuan Agong kelmarin menzahirkan pandangan sesi Persidangan Parlimen perlu diadakan secepat mungkin bagi membolehkan Ordinan Darurat dan Pelan Pemulihan Negara dibahaskan ahli Dewan Rakyat.

Titah itu dikeluarkan selepas Sesi Perbincangan Khas berlangsung antara Yang di-Pertuan Agong Dan Raja-Raja Melayu di Istana Negara.

Seramai lapan Raja-Raja Melayu berangkat ke Perbincangan Khas Raja-Raja Melayu kecuali Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail yang diwakili Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail.

Jelas Ahmad Zahid lagi, berkenaan urusan persidangan Parlimen, ia adalah sesuatu yang mudah untuk dilaksanakan sama ada secara fizikal mahupun maya.

“Maka titah Parlimen perlu bersidang secepat mungkin tidaklah sepatutnya ditafsirkan dalam tempoh beberapa bulan.

“Tafsiran itu seolah-olah menyanggah elemen kebijaksanaan, keprihatinan dan kecaknaan dalam titah Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu,” tegas Ahmad Zahid.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya