Harga siling minyak masak 5 kg minggu depan? - Utusan Malaysia

Harga siling minyak masak 5 kg minggu depan?

Rosol Wahid bersama Azman Adam memeriksa harga minyak masak di sebuah pasar raya di Jalan Lama Kuala Selangor, Sabak Bernam, Selangor hari ini-UTUSAN/MOHAMAD NAUFAL MOHAMAD IDRIS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SABAK BERNAM :  Kerajaan mungkin menetapkan harga siling minyak masak lima kilogram (kg) berikutan peningkatan mendadak harga bahan masak itu, minggu ini. 

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Rosol Wahid berkata, keputusan tersebut mungkin dibuat, namun bergantung kepada hasil mesyuarat Rabu depan bersama dua kementerian lain. 

“Mesyuarat itu akan melibatkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (KPPK) dan Kementerian Kewangan. 

“Selepas mesyuarat itu, kita akan buat keputusan sama ada untuk letakkan harga siling terhadap minyak masak lima kilogram atau sebaliknya” katanya selepas melawat sebuah pasar raya di Jalan Lama Kuala Selangor, di sini hari ini dan turut disertai Pengarah Bahagian Penguat Kuasa KPDNHEP, Azman Adam.

Selasa lalu, Utusan Malaysia melaporkan kerajaan tidak mengawal harga minyak masak lima kilogram walaupun harga minyak sawit mentah naik sehingga lebih RM4, 300 metrik tan. 

KPDNHEP dalam satu entri laman rasmi Facebooknya memaklumkan, kerajaan hanya memberi subsidi kepada minyak masak dalam pek polibeg satu kilogram, yang mana peniaga hanya dibenarkan menjualnya pada harga RM2.50 satu beg. 

Sementara itu, Rosol berkata, pihaknya telah melakukan perbincangan dengan syarikat pengeluar minyak masak berhubung kenaikan harga minyak masak lima kilogram sebelum ini. 

Menurutnya, hasil perbincangan berkenaan akan dibawa ke mesyuarat Rabu ini. 

“Apa pun, minyak masak pek polibeg mencukupi di pasaran dan orang ramai tidak perlu risau mengenainya. 

“Sekiranya mereka mengesyaki ada kedai menyorok minyak satu kilogram, mereka boleh terus membuat aduan rasmi di mana-mana media sosial dan laman rasmi KPDNHEP,” tegasnya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.