Feri rosak: Ka Siong tuduh Guan Eng lupa - Utusan Malaysia

Feri rosak: Ka Siong tuduh Guan Eng lupa

WEE KA SIONG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Bekas Menteri Kewangan, Lim Guan Eng diingatkan supaya tidak lupa mengenai sebuah feri di Pulau Pinang yang sudah pun berada dalam keadaan uzur dihantar ke limbungan bagi tujuan baik pulih.

Feri tersebut dikatakan dihantar ke limbungan pada 27 November 2019 iaitu 13 bulan sebelum perkhidmatannya dihentikan pada 1 Januari 2021, namun beberapa keping gambar feri itu tular dalam media sosial menunjukkan keadaannya yang hampir tenggelam dengan beberapa bahagian dimasuki air.

Justeru, gambar itu mendapat perhatian Guan Eng dan mendakwa feri ikonik itu tidak diberi perhatian oleh kerajaan Perikatan Nasional (PN) walaupun sudah beroperasi lebih 100 tahun dalam hantaran Facebooknya semalam.

Namun, Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr. Wee Ka Siong, menyelar Ahli Parlimen Bagan itu apabila mendakwa beliau adalah kerajaan yang bertanggungjawab ketika feri itu dihantar ke limbungan.

Pengendali perkhidmatan pada masa itu ialah RapidFerry iaitu sebuah anak syarikat Prasarana. Sebab feri ini dihantar ke dockyard ialah ‘due for docking’ dan memang dalam keadaan uzur. Alat-alat ganti yang diperbuat di Belanda pula tidak diperoleh. Maka feri ini tidak dapat beroperasi berada di situ sehinggalah ke hari ini.

Ingat tak pada hujung tahun 2019, Guan Eng selaku Menteri Kewangan mengumumkan peruntukan RM30 juta kepada Penang Port Sdn Bhd (PPSB) untuk tujuan pembelian Catamaran baharu serta mengambil alih perkhidmatan ini daripada RapidFerry milik Prasarana,” selarnya dalam satu kenyataan malam tadi.

Beliau menyelar Setiausaha Agung DAP yang dalam satu kenyataan mendakwa perkhidmatan feri itu dibiarkan uzur oleh kerajaan PN dan Menteri Pengangkutan.

Namun, Ka Siong mempersoal tindakan Guan Eng yang tidak membaiki feri berkenaan selepas mengumumkan peruntukan sedemikian serta membeli alat gantinya ketika menjadi kerajaan.

Walau bagaimanapun, beliau menghargai tindakan Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kuan Yow yang sentiasa berbincang dengan Kementerian Pengangkutan (MOT) bagi mencari penyelesaian berkaitan masalah pengangkutan awam di sana.

Kata Ka Siong, Kuan Yow sendiri turun padang menaiki ‘bot laju’ pada 30 Disember tahun lalu bersama-sama kakitangan pelabuhan sebelum perkhidmatan feri di sana diambil alih oleh PSSB.

“Pada 24 Disember 2020, Prasarana yang dimiliki oleh kerajaan pusat telah menulis surat kepada  Exco Pengangkutan Kerajaan Pulau Pinang untuk menawarkan enam buah feri (sama ada beroperasi atau tidak) secara percuma kepada Kerajaan Pulau Pinang. 

“Namun, kerajaan negeri pada 18 Januari 2021 telah bersetuju dan sudi menerima hanya sebuah feri saja. MOT terbuka dan menerima keputusan kerajaan negeri. Apa-apa pun terima kasih diucapkan kepada ketua menteri !” katanya.- UTUSAN ONLINE

 

HABIS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN