KUALA TERENGGANU: “Suami saya sihat tanpa sebarang penyakit dan sentiasa bersenam setiap hari tetapi siapa sangka suami pergi disebabkan Covid-19.” Demikian luahan Intan Zainab Ismail Ikram, 37, yang kehilangan insan tersayang, Reza Adnin Roslan, 37, selepas suaminya menghembuskan nafas terakhir, kira-kira pukul 4 petang, Jumaat lalu. Katanya, tahap kesihatan suaminya yang semakin serius semasa di Hospital Hulu Terengganu (HHT) mendorong mangsa ditidurkan atas nasihat doktor bagi memudahkan proses rawatan di…










