Buruh Pakistan didakwa liwat budak lelaki - Utusan Malaysia

Buruh Pakistan didakwa liwat budak lelaki

SEORANG buruh warga Pakistan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Butterworth, Pulau Pinang atas pertuduhan meliwat seorang budak lelaki bulan lalu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUTTERWORTH: Buruh warga Pakistan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan meliwat seorang budak lelaki, bulan lalu.

Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada Ali Asghar, 20, selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Noor Aini Yusof.

Malah, tertuduh yang kelihatan terpinga-pinga di kandang tertuduh selepas pertuduhan dibacakan dalam bahasa Melayu turut memberitahu tidak memahami pertuduhan tersebut.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa meliwat seorang budak lelaki berusia tujuh tahun sembilan bulan di ruang tamu sebuah pangsapuri di Jalan Perai Jaya, Perai, di sini kira-kira pukul 2 petang pada 27 Mei lalu.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun dan sebatan.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nur Fazliyana Ahmad manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Kes berkenaan akan disebut semula pada 19 Julai depan untuk melantik juru bahasa Urdu.

Mahkamah bagaimanapun tidak membenarkan tertuduh diikat jamin. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya