Bung Moktar mahu JPKK sedia profil kampung - Utusan Malaysia

Bung Moktar mahu JPKK sedia profil kampung

BUNG MOKTAR RADIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Setiap kampung di negeri ini disaran menyediakan profil kampung masing-masing bagi memudahkan proses agihan bantuan kepada kumpulan sasar.

Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata, profil kampung penting bagi memastikan Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) dapat memudahkan kerajaan menyalurkan bantuan kebajikan kepada rakyat yang memerlukan.

“Saranan ini bukan satu perkara baharu. Tindakan kurang proaktif di peringkat akar umbi untuk mengemas kini data setiap masa menyebabkan kerajaan dan pemimpin tidak mendapat maklumat yang tepat.

“Maka, ia melambatkan proses pemberian bantuan kepada individu atau kampung yang terlibat sehingga menyebabkan ada golongan yang tercicir,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. 

Ahli Parlimen Kinabatangan yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lamag ini berkata, profil kampung ini penting bagi mengenal pasti mereka yang layak menerima bantuan. 

Tambah Bung Moktar, data ini juga boleh digunakan oleh wakil rakyat, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), baitulmal atau pertubuhan bukan kerajaan (NGO) untuk menyampaikan sumbangan dan bantuan.

“Setakat ini saranan saya bagi kawasan DUN Lamag mendapat maklum balas yang positif daripada pengerusi JPKK di kawasan itu dan penyediaan profil kampung  ini akan diperluaskan di Parlimen Kinabatangan,” katanya.

Setakat ini, 19 daripada 24 buah kampung di DUN Lamag sudah menyediakan profil kampung masing-masing. -UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya