Amal sikap sederhana di Laut China Selatan - Utusan Malaysia

Amal sikap sederhana di Laut China Selatan

ISMAIL SABRI YAAKOB
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Semua negara perlu bersikap sederhana dengan setiap tindakan terutama membabitkan kawasan wilayah pertikaian di Laut China Selatan.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kerjasama juga perlu dijalin semua pihak bagi memastikan keamanan, keselamatan dan kestabilan di kawasan berkenaan terpelihara.

Katanya, Malaysia tidak akan berkompromi terhadap isu berkaitan keselamatan dan kedaulatan negara termasuk pencerobohan kawasan maritim serta ruang udara.

“Penyertaan Malaysia dalam mesyuarat ini menandakan komitmen berterusan terhadap diplomasi pertahanan melalui kerjasama dua hala dan pelbagai hala.

“Semua pihak perlu bekerjasama untuk memastikan keamanan, keselamatan dan kestabilan di Laut China Selatan terjaga,” katanya dalam Mesyuarat Menteri -Menteri Pertahanan Asean Plus Ke-8 yang diadakan secara sidang video.

Mesyuarat berkenaan dipengerusikan oleh Menteri Pertahanan II Brunei Darussalam Mejar Jeneral (Bersara) Dato Paduka Seri Awang Halbi bin Haji Md Yussof, selaku Pengerusi ADMM 2021.

Dalam pada itu, Ismail Sabri berkata, ruang siber yang bersifat dinamik memerlukan aspek pertahanan bersiap siaga dan peka terutamanya membabitkan ancaman siber yang menggugat kestabilan negara.

Beliau menjelaskan, kerjasama serantau dalam keselamatan siber, terutamanya melalui Asean merupakan cara terbaik untuk menangani ancaman siber dan membina keyakinan serantau. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya