fbpx

5 Ogos 2021, 3:56 pm

  TERKINI

914 pesakit Covid-19 di ICU, 459 perlu bantuan pernafasan

DR. NOOR HISHAM ABDULLAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Malaysia terus merekodkan jumlah yang tinggi kematian akibat Covid-19 iaitu 76 kes manakala 914 kes Unit Rawatan Rapi (ICU) dan 459 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, 76 kes melibatkan Selangor yang tertinggi iaitu 27 kes, masing-masing sembilan kes di Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan, lapan kes di Johor, masing-masing lima kes di Sabah dan Melaka, empat kes di Sarawak, tiga kes di Kelantan, dua kes di Kedah, serta masing-masing satu kes di Pulau Pinang, Perak, Pahang dan Labuan.

“Seramai 40 lelaki dan 36 wanita berusia antara 31 hingga 101 tahun melibatkan 57 warga emas, 13 pesakit tiada latar belakang penyakit dan lima kes meninggal di rumah (BID), 

“Antara penyakit yang dikesan dalam kalangan baki pesakit iaitu kencing manis, darah tinggi, buah pinggang kronik, asma, paru-paru kronik, saraf, strok, kanser, dislipidemia, jantung, obesiti, mental, autoimmune, tuberkulosis, tiroid dan tibi,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Noor Hisham berkata, Malaysia juga mencatatkan peningkatan kes sembuh Covid-19 iaitu 8,334 kes sembuh berbanding semalam, 7,749 kes sekali gus mengatasi kes positif iaitu 5,793 kes berbanding semalam, 6,849 kes. 

Katanya, Selangor kembali mencatatkan penurunan kes iaitu 1,582 kes berbanding semalam, 2,558 kes manakala kes aktif menunjukkan penurunan iaitu 76,247 kes berbanding semalam, 78,864 kes. 


“Selain Selangor yang terus menjadi penyumbang terbesar kes positif harian diikuti Negeri Sembilan (618), Sarawak (569), Kuala Lumpur (559), Johor (504), Sabah (378), Kelantan (337), Labuan (250) dan Perak (218). 

“Baki enam negeri dan satu wilayah merekodkan di bawah 200 kes iaitu Pulau Pinang (198), Melaka (178), Kedah (171), Pahang (121), Terengganu (82) dan Putrajaya (23) manakala Perlis hanya lima kes,” katanya.

Mengulas mengenai 24 kluster, beliau berkata, tempat kerja sebanyak 15 kluster, tujuh kluster komuniti dan dua pusat tahanan.

Kluster komuniti katanya, Selangor catat empat kluster iaitu Industri Batu 46 di Hulu Selangor (11), Industri Jalan Bandar Lama di Kuala Langat (18), Industri Jalan Sellathevan di Klang (9) dan Industri Jalan Udang Galah di Klang (21).

“Dua kluster di Pahang, Flora Blue Valley di Cameron Highlands (22) dan Industri Jalan 1/6 Gebeng di Kuantan (10) manakala Negeri Sembilan, dua  kluster iaitu Industri Jalan Haruan Enam di Seremban (55) dan Industri Taman Melur di Seremban (68) serta dua di Pulau Pinang, Jalan Perindustrian Bukit Minyak Tiga melibatkan Seberang Perai Tengah dan  Seberang Perai Selatan (9) dan Perusahaan Baru Satu di Seberang Perai Tengah (22).

“Johor pula dua kluster, Jalan Pekeliling Tanjung melibatkan Kulai dan Kota Tinggi (43) dan Jalan Besar Simpang Renggam di Kluang (19); Kuala Lumpur, Jalan Lai Tet Loke melibatkan Cheras dan Titiwangsa (9); Terengganu, Desa Pulau Rusa melibatkan Kuala Terengganu, Marang, dan Kuala Nerus (25) dan Kedah, Dah Bukit Makmur melibatkan Kuala Muda, Pendang, dan Yan (41),” katanya.

Tambahnya, tujuh kluster komuniti adalah Kelantan merekodkan dua kluster, Kampung Kubang Batu melibatkan Pasir Mas dan Pasir Puteh (19); Kedai Ketereh melibatkan Kota Bharu dan Machang (23);  dua di Sarawak, Kampung Sinar Budi Baru di Kuching (23); Melatai melibatkan Kapit dan Bukit Mabong (45).

“Sabah mencatatkan tiga kluster, Kampung Baru Sipitang di Sipitang (23); Indah Komuniti di Nabawan (21) dan Ambar Park di Tawau (16).

“Dua kluster pusat tahanan pula, Tembok Bukit Mertajam di Seberang Perai Tengah, Pulau Pinang (26) manakala Jalan Bachok – Tok Bali melibatkan Bachok, Kota Bharu dan Tumpat. Kelantan (30),” katanya. -UTUSAN ONLINE 

 

 

POPULAR

KOSMO! TERKINI