4,615 insiden keselamatan siber direkodkan - Utusan Malaysia

4,615 insiden keselamatan siber direkodkan

SAIFUDDIN ABDULLAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA : Jumlah insiden keselamatan siber yang  dilaporkan ke Pusat Bantuan Cyber999 kendalian CyberSecurity Malaysia merekodkan sebanyak 4,615 dengan tiga insiden tertinggi iaitu Penipuan (3,229), Pencerobohan  (765) dan Kod Berbahaya (256) bagi tempoh lima bulan pertama tahun ini.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Saifuddin Abdullah berkata, peningkatan penggunaan internet secara ketara di seluruh negara berikutan pandemik Covid-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) mendedahkan kepada  pelbagai ancaman dan serangan siber.

Bagaimanapun, kata beliau, kementerian bersama  CyberSecurity Malaysia sentiasa memantau persekitaran ruang siber negara dengan menyediakan perkhidmatan, bantuan serta sokongan teknikal untuk memantapkan  lagi sistem rangkaian dan pertahanan siber kepada semua pihak.

Katanya, ini termasuk sama ada dalam sektor  awam dan swasta serta pengguna internet individu.  

“Peringatan dan Nasihat (Alert and Advisory) juga dikeluarkan dari semasa ke semasa  sebagai peringatan bagi membolehkan pentadbir sistem di organisasi awam dan  swasta serta pengguna internet mendapatkan maklumat mengenai amalan terbaik  bagi menangani dan membanteras sesuatu ancaman dan serangan siber. 

“Maklumat  tersebut boleh didapati melalui portal MyCERT atau Pasukan Tindak Balas  Kecemasan Komputer Malaysia, CyberSecurity Malaysia di pautan  https://www.mycert.org.my/, ” katanya dalam kenyataan hari ini.

Pada masa sama, Saifuddin menggesa pengguna internet agar sentiasa peka, cakna serta  melengkapkan diri dengan tatacara penggunaan teknologi dan internet dengan  menggunakannya secara berhemah, positif, beretika dan penuh tanggungjawab.

Katanya, sebarang pelaporan insiden keselamatan siber, orang ramai boleh menghubungi Pusat Bantuan Cyber999 kendalian CyberSecurity Malaysia melalui  melalui saluran e-mel : [email protected] ; telefon : 1-300-88-2999  (Isnin – Jumaat, 9:00 pagi – 3:00 petang)  dan telefon bimbit : +60 19 2665850  (Panggilan laporan insiden kritikal sahaja).

Selain itu ia boleh dibuat menerusi Aplikasi Cyber999 yang boleh dimuat turun di Appstore dan Google Play. – UTUSAN ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya