13 lokaliti di Bayan Lepas antara dikenakan PKPD - Utusan Malaysia

13 lokaliti di Bayan Lepas antara dikenakan PKPD

ISMAIL SABRI YAAKOB
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Sejumlah 13 lokaliti di pekan Bayan Lepas, Mukim 12, Daerah Barat Daya, Pulau Pinang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bermula lusa ekoran 83 kes baharu dikesan dalam masa dua minggu menjadikan keseluruhan 250 kes positif setakat ini.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ujian saringan yang dilakukan ke atas kontak rapat juga menunjukkan kadar positif sebanyak 19.6 peratus dengan saringan komuniti pula 10.7 peratus.

Senarai lokaliti yang terlibat dikenakan PKPD ujarnya ialah Sri Bayu; Bayu Tiara; Bayu Nyaman; Halaman Murni; Bayan Permai; Bayan Tiara; Taman Ara Indah; Kampung Bukit; Kampung Perlis; Kampung Masjid; Jalan Mahkamah; Jalan Kampung Pak Lah dan Lebuh Kampung Bukit.

“Pada masa sama, empat lokaliti berbeza di Sabah juga dilaksanakan PKPD untuk tempoh serupa antaranya di Lorong 5, 6, 7 dan 8, Taman Utama, Bahagian Sandakan.

“Begitu juga Kampung Sepagaya, Silam, Daerah Lahad Datu, Bahagian Tawau apabila sebanyak 19 kes baharu direkodkan hasil daripada 35 ujian saringan dijalankan,” kata beliau dalam kenyataan hari ini.

Sementara itu, jelas beliau, di ibu negeri Sabah sendiri, Kota Kinabalu, dua lokaliti turut dilaksanakan PKPD melibatkan Rumah Murah Kepayan dan Kampung Tanjung Aru Baru dengan 24 kes positif baharu direkodkan.

Di Pahang pula, tambah beliau, empat taman perumahan di Mukim Bentong, Daerah Bentong juga dikenakan PKPD untuk tempoh sama susulan lonjakan kes sporadik dalam dua minggu.

“Ia meliputi Taman Bentong Makmur, Taman Harmoni, Taman Kolej dan Taman Desa Damai dengan sejumlah 19 kes dikesan hasil daripada 126 ujian saringan dijalankan,” kata beliau.

Dalam pada itu Ismail Sabri memaklumkan bahawa PKPD di Mukim Pekan, Daerah Kunak, Bahagian Tawau, Sabah, bakal diperluaskan lagi dengan melibatkan tambahan 15 lokaliti lain.

Ini membabitkan Bajau Laut – Palauh, Kampung Cina, Kampung Selamat, Kampung Kunak Jaya, Kampung Singgah Mata, Kampung Kunak Kecil Kampung Bagiang, Pekan Kunak, Kampung Jaya Baru, Kampung Datuk Haji Zainal Gunong, Kampung JKR Lama, Kampung Haji Mohd. Noor, Kampung Pangkalan Lama, Kampung Pangkalan Laut dan Sungai Atas.

“Bagaimanapun, PKPD di mukim berkenaan tidak melibatkan Kampung Kadazan, Taman Sri Idaman, Kampung Simpang 4, PPR Sri Pangkalan dan Bangunan Kedai Simpang 4,” katanya.

Justeru ujar beliau, PKPD yang sedia ada dilaksanakan di di tujuh lokaliti sebelum ini akan terbatal dengan mengikut pula tarikh baharu iaitu bermula pada 4 Jun sehingga 17 Jun depan.

Ia melibatkan para penduduk di Kampung Kunak 3, Kampung Kabog, Kampung Kabog Baru, Kampung Kunak Darat, Kampung Getah, Kampung Getah Tengah dan Taman Kunak Jaya.

Sementara itu, PKPD di Sekolah Menengah Ugama Pantai Manis, Daerah Papar, Bahagian Pantai Barat, Sabah yang sepatutnya tamat pada esok, akan dilanjutkan selama 14 hari lagi.

Bagaimanapun kata Ismail Sabri, PKPD di Universiti Teknologi Malaysia, kampus induk Skudai, Johor akan berakhir pada esok seperti dijadualkan, manakala PKPD di Gugusan Mendi, Daerah Bera, Pahang ditamatkan hari ini, lebih awal berbanding sepatutnya pada 11 Jun ini,” tambah beliau. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya