Wanita warga emas hilang dijumpai mati dalam parit - Utusan Malaysia

Wanita warga emas hilang dijumpai mati dalam parit

SALALIAH Abdul Majid, 85, dijumpai dalam keadaan tertiarap oleh pasukan bomba pada pukul 3.46 petang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TAIPING: Wanita warga emas yang dilaporkan hilang semalam, ditemukan mati di dalam sebuah parit di Changkat Baru, Kuala Sepetang di sini hari ini.

Wanita berkenaan, Salaliah Abdul Majid, 85, dijumpai dalam keadaan tertiarap oleh pasukan bomba pada pukul 3.46 petang.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Taiping, Rafeel Hairul Richard berkata, kali terakhir wanita itu dilihat adalah di hadapan rumahnya pada pukul 11 pagi, semalam.

Katanya, operasi mencari wanita itu segera dijalankan selepas pihaknya menerima maklumat kejadian itu hari ini.

“Operasi dijalankan di sungai dan kebun kelapa sawit berdekatan rumah sebelum wanita itu dijumpai di dalam parit kira-kira 160 meter dari rumahnya.

“Pihak perubatan mengesahkan wanita itu telah meninggal dunia dan mayatnya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya.

Katanya, operasi mencari disertai 12 anggota bersama enam anggota polis dan penduduk kampung. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN