KUALA TERENGGANU: Berpengalaman hampir 30 tahun mengendalikan kes kebakaran, lemas dan kemalangan maut, namun tugasan menguruskan jenazah pesakit Covid-19 disifatkan paling mencabar buat Mohd. Zaharin Yusof sepanjang berkhidmat sebagai pasukan penyelamat. Mohd. Zaharin yang merupakan Penyelia Pasukan Khas Covid-19 di Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Terengganu berkata, proses pengebumian yang memakan masa kira-kira satu jam 30 minit itu cukup menguji kekuatan mental dan fizikalnya sebagai seorang anggota bomba apatah…










