Umat Islam perlu terus sokong, bantu Palestin - Utusan Malaysia

Umat Islam perlu terus sokong, bantu Palestin

ZUHAIRI AB. KADIR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Pertubuhan Kebajikan Kemanusiaan Antarabangsa (Peka) mengutuk sekeras-kerasnya perbuatan biadap tentera Zionis yang menceroboh ke Masjid al-Aqsa di Palestin dan menyerang rakyatnya.

Presiden Pertubuhan Kebajikan Kemanusiaan Antarabangsa (Peka), Datuk Seri Zuhairi Ab. Kadir berkata, umat Islam perlu terus berdoa ke hadrat Allah SWT supaya menyelamatkan penduduk di Gaza.

Jelasnya, tindakan sedemikian bukan baharu sebaliknya ratusan kali penganiayaan sudah dilakukan rejim itu terhadap saudara kita di Palestin.

Memuatkan artikel berkaitan…

Menurutnya, Peka menyeru semua pihak terus mengecam sekeras-kerasnya perbuatan pendatang haram Yahudi tersebut dan kerajaan Israel perlu dipertanggungjawabkan atas pelanggaran hak asasi dan pencabulan undang-undang antarabangsa.

“Tentera Zionis juga terlalu melampau apabila turut melakukan pengusiran secara paksa terhadap rakyat Palestin daripada kediaman mereka termasuk di kejiranan Sheikh Jarrah di Baitulmuqaddis.

“Peka menyeru suruh masyarakat Islam di Malaysia dan dunia supaya terus mengecam Israel dan tidak berhenti mencari penyelesaian pergolakan di Palestin.

“Di saat umat Islam menyambut perayaan Aidilfitri, Israel sengaja mencabar umat Islam dengan menyerang saudara-saudara kita di bumi Palestin,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Zuhairi berkata, umat Islam di Malaysia dan seluruh dunia juga perlu terus memberikan sokongan padu kepada rakyat Palestin demi mencapai kebebasan mutlak daripada penjajahan haram Israel di negara itu.

“Usaha berterusan sedemikian penting ke arah pembentukan sebuah negara Palestin yang merdeka dan berdaulat,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini