PETALING JAYA: Bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad memohon maaf di atas perlanggaran prosedur operasi standard (SOP) Covid-19 dalam satu program di Langkawi sebelum ini.
Dr. Mahathir berkata, dalam program berkenaan beliau tidak mengambil bacaan suhu badan di sebuah surau.
Katanya, perkara tersebut tidak seharusnya berlaku dan beliau sedia menerima sebarang tindakan undang-undang atas kesalahan yang dilakukan.
“Pada 8 Mei lalu, saya balik ke Langkawi untuk memenuhi beberapa program sampaikan sumbangan bulan Ramadhan serta Aidilfitri di kawasan Parlimen saya.Antaranya sumbangan raya kepada penduduk di Surau Tsunami Batu Arang, Kuala Teriang, Kuah.
“Saya dimaklumkan pada cara tersebut, saya telah melanggar SOP dengan tidak mengambil suhu badan apabila masuk ke surau tersebut. Ini merupakan satu kesalahan. Perkara ini tidak harus berlaku. Saya minta maaf kerana tidak patuh SOP. Saya akan terima tindakan mengikut undang-undang berkaitan,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook miliknya hari ini. – UTUSAN ONLINE










