Tiada keperluan UMNO, Pas Melaka meterai perjanjian MN - Utusan Malaysia

Tiada keperluan UMNO, Pas Melaka meterai perjanjian MN

AB. RAUF Yusoh (tiga dari kiri) dan Kamaruddin Sidek (dua dari kiri) menyampaikan sumbangan kepada cawangan-cawangan UMNO di Serkam pada majlis berbuka puasa MN di Japerun Serkam, Jasin, Melaka. - UTUSAN/AMRAN MULUP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JASIN: Badan Perhubungan UMNO negeri tidak perlu memeterai perjanjian Muafakat Nasional (MN) dengan Pas Melaka untuk menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Pengerusinya, Datuk Seri Ab. Rauf Yusoh berkata, sebaliknya kedua-dua parti itu diyakini berada pada tahap persefahaman yang lebih baik, jika mahu dibandingkan dengan beberapa negeri lain.

Menegaskan perkara itu, Ab. Rauf memberitahu, kesepakatan UMNO dan Pas di negeri ini telah membentuk satu kekuatan yang cukup mantap di semua peringkat.

Malah Ketua UMNO Bahagian Masjid Tanah itu juga turut yakin, gandingan UMNO dan Pas akan memastikan MN bakal melangkah ke dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) pada PRU-15 nanti.

“Kekuatan kita (UMNO dan Pas) kerana kita saling mempercayai untuk meneruskan MN di semua peringkat akar umbi. Setakat hari ini, UMNO dan Pas kita tetap sama. Kita akan terus bersama sebab suasana politik di negeri ini tidak sama dengan suasana politik dengan parti-parti di negeri lain.

“Sebab itu saya tegaskan, antara UMNO dan Pas tidak perlu memeterai perjanjian. Kita saling mempercayai,” katanya ketika ditemui pemberita pada majlis berbuka puasa MN peringkat negeri di Jawatankuasa Pembangunan dan Penyelarasan DUN (Japerun) Serkam di sini semalam.

Seramai 600 orang menghadiri majlis tersebut yang dihadiri semua ketua bahagian serta ahli jawatankuasa termasuk kepemimpinan Pas Melaka diketuai Pesuruhjayanya, Datuk Kamaruddin Sidek.

Dalam pada itu, Kamaruddin ketika diminta mengulas mengenai perkara tersebut menegaskan, demografi politik di Pantai Timur jauh berbeza jika dibandingkan dengan suasana politik di Pantai Barat.

“Macam di Pantai Timur nampak ia berat kepada Pas. Ini tidak boleh dinafikan, tetapi di Pantai Barat, Melaka dan lain-lain negeri mungkin berbeza. Kita melihat MN di negeri ini kekuatannya kepada UMNO untuk menerajui kerajaan,” katanya.

Justeru kata beliau, MN di Melaka akan terus diperkasakan seperti yang disaran oleh pucuk pimpinan tertinggi Pas.

Tegasnya, kerjasama dalam MN tetap berterusan, dan dalam pada itu Pas turut mendukung Perikatan Nasional (PN).

“Kita tidak nafikan, kerajaan PN yang memerintah dan bukan parti PN,” jelasnya ringkas.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya