Terengganu pertimbang hebahan kepentingan vaksin Covid-19 dalam khutbah Jumaat - Utusan Malaysia

Terengganu pertimbang hebahan kepentingan vaksin Covid-19 dalam khutbah Jumaat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam) mempertimbangkan untuk menguar-uarkan maklumat berkaitan kepentingan vaksin Covid-19 dalam khutbah Jumaat.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, M. Rozi Bidin berkata, langkah itu bagi memastikan umat Islam mendaftar dan menerima manfaat dalam Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) sebagaimana dihasratkan kerajaan.

Bagaimanapun, katanya, perkara itu akan dibincangkan terlebih dahulu dengan Pesuruhjaya Hal Ehwal Agama Terengganu, Mat Azmi Arshad.

“Maklumat mengenai kepentingan pengambilan vaksin Covid-19 mungkin akan dimasukkan sedikit dalam khutbah Jumaat.

“Tetapi, belum pasti lagi bila akan dilaksanakan kerana perlu berbincang dengan pesuruhjaya agama dahulu,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Hari ini, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyeru semua pihak berperanan untuk menyedarkan masyarakat berkenaan kepentingan suntikan Covid-19.

Katanya, Islam meletakkan menjaga nyawa sebagai keutamaan sehingga dihalalkan perkara haram. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN