Suami kepada exco Perak meninggal dunia - Utusan Malaysia

Suami kepada exco Perak meninggal dunia

Allahyarham Edi Razman Mohd. Ismail
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Suami kepada exco kerajaan negeri, Datuk Dr. Wan Norashikin Wan Noordin, Edi Razman Mohd. Ismail, 53, meninggal dunia di kediaman mereka di Sunway City Ipoh, Tambun, dekat sini pagi ini.

Menurut kenyataan salah seorang pegawai Wan Norashikin, Allahyarham meninggal dunia kira-kira pukul 6.50 pagi.

Katanya, Allahyarham mempunyai sejarah sakit jantung.

Jenazah dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini untuk ujian Covid-19 sebelum urusan pengebumian.

Dr. Wan Norashikin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kampung Gajah adalah Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kebajikan Masyarakat negeri.

Pasangan itu mempunyai tiga anak, anak sulung perempuan, Elis, 21, sedang menuntut di United Kingdom dan dua anak lelaki, Eric, 19 dan Ethan, 12. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya