Suami isteri, dua rakan berdepan hukuman gantung - Utusan Malaysia

Suami isteri, dua rakan berdepan hukuman gantung

PASANGAN suami isteri dan dua rakan mereka didakwa di Mahkamah Majistret Kota Bharu hari ini atas pertuduhan mengedar ganja seberat 392 kilogram, dua minggu lalu. - UTUSAN/ ZULHANIFA SIDEK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Pasangan suami isteri dan dua lagi rakan mereka didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan mengedar ganja seberat lebih 392 kilogram (kg) dua minggu lalu.

Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan selepas pertuduhan dibacakan terhadap keempat-empat tertuduh di hadapan Majistret Mohd. Izuddin Mohd. Shukri.

Tertuduh Khairul Idzam Khairuddin, 50 dan Fazliana Zainudin, 37, bersama dua rakan mereka, Mohd. Kamarul Kamaludin, 37, dan Adibah Noor Nekmat, 31, didakwa secara bersama-sama mengedar ganja dengan berat kasar 392.767 kg.

Kesalahan itu dilakukan mereka berempat di sebuah rumah di Kampung Paya Bemban di sini kira-kira pukul 8 malam pada 20 April lalu.

Kesemua mereka didakwa mengikut Seksyen 39B (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendali oleh Timbalan Pendakwa Raya, Sharifah Amirda Shasha Amir Shariffuddin manakala kesemua tertuduh tidak diwakili peguam.

Mahkamah menetapkan 29 Julai depan sebagai tarikh sebutan semula kes dan laporan kimia.

Utusan Malaysia baru-baru ini melaporkan kejayaan polis menggagalkan cubaan sindiket pengedaran ganja dan syabu untuk dibekalkan kepada penagih di ibu negara, Johor dan Indonesia dalam dua serbuan berasingan di Kota Bharu dan Tanah Merah. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.