SPRM perlu dapatkan maklumat daripada Abdul Hamid - Utusan Malaysia

SPRM perlu dapatkan maklumat daripada Abdul Hamid

SYED Ibrahim Kaser (kanan) bersama Abdul Hamid (dua dari kanan) menyampaikan sumbangan kepada golongan memerlukan dalam Majlis Jelajah Ihya Ramadan Ehsan 2021 di Seremban hari ini. -FOTO/AFIFI HAFIZ MOHD NOR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) perlu menyiasat dan mendapatkan maklumat berhubung dakwaan Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador berkenaan ahli politik yang melompat parti bagi mendapatkan habuan.

Presiden Kongres India Muslim Malaysia (Kimma), Datuk Seri Syed Ibrahim Kader berkata, SPRM perlu mendapatkan maklumat berkaitan daripada Abdul Hamid kerana perlakuan melompat parti sesuatu yang perlu ditolak.

“Bagi saya mereka ini (melompat parti) tak betul bila parti sudah perkenalkan mereka dan melabur untuk mereka bertanding di kawasan tertentu, mereka boleh lupa diri dan lari kepada parti lain. 

“Sebagai Presiden Kimma, saya tak alu-alukan dan tidak menerima orang macam ini. Bila Ketua Polis Negara cakap macam ini mungkin ia berlaku dan beliau pun sepatutnya beri maklumat lebih lengkap supaya senang siasatan dilakukan,” katanya. 

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas hadir pada Majlis Jelajah Ihya Ramadan Ehsan 2021 di Masjid India Muslim Seremban di sini hari ini.

Turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Ehsan, Datuk Abdul Hamid PV Abdu.

Dalam pada itu, beliau turut mempersoalkan dakwaan Abdul Hamid bahawa wujud campur tangan politik dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM) ketika dirinya mahu bersara sebagai Ketua Polis Negara.

“Kalau betul Ketua Polis Negara mempunyai maklumat berkenaan perkara itu sepatutnya didedahkan lebih awal agar siasatan segera dapat dijalankan.

“Kenapa bila nak bersara baru nak buat pendedahan dan bukannya ketika beliau masih dalam tugasan. Kalau ada yang tak betul pada bila-bila masa, ia perlu diutarakan dan kenal pasti siapa yang terlibat,” tegasnya. – UTUSAN ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN