Segerakan penubuhan RCI siasatan dakwaan Tommy dan Abdul Hamid - Utusan Malaysia

Segerakan penubuhan RCI siasatan dakwaan Tommy dan Abdul Hamid

AHMAD ZAHID HAMIDI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA : Kerajaan digesa untuk menyegerakan penubuhan Suruhanjaya Siasatan DiRaja (RCI) ekoran pendedahan bekas Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas dan bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador mengenai dakwaan campur tangan politik dalam institusi kerajaan.

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, beliau bersetuju dengan gesaan Pemuda UMNO supaya siasatan dapat dijalankan kerana pendedahan kedua-dua individu berkenaan merupakan satu dakwaan serius.

Katanya, apatah lagi ia membabitkan institusi-institusi yang menjadi benteng mempertahankan keluhuran Perlembagaan, kedaulatan undang-undang dan keselamatan negara.

“Saya akan meminta Menteri-Menteri yang mewakili UMNO untuk membawa saranan ini kepada Kerajaan agar tindakan segera dapat dilakukan.

“Penubuhan RCI bagi tujuan di atas boleh disekalikan dan harus disegerakan untuk memulihkan kembali kepercayaan dan keyakinan rakyat terhadap institusi dan sistem yang membentengi kedaulatan undang-undang dan keselamatan negara,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kelmarin Pemuda UMNO mendesak Kerajaan Malaysia untuk segera menubuhkan RCI terhadap pendedahan Tommy Thomas Abdul Hamid Bador mengenai campur tangan politik negara.

Hal ini ekoran pendedahan Abdul Hamid pada sidang akhbar terakhir beliau sebagai Ketua Polis Negara telah mengundang perhatian apabila membangkitkan isu campur tangan politik dalam pasukan polis.

Sementara itu melibatkan Tommy pula, ia bagi menyiasat segala pendedahan kandungan buku karangan bekas Peguam Negara itu bertajuk My Story: Justice In The Wildness/ –UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya