Sanusi buka bidaan kereta bantu Palestin - Utusan Malaysia

Sanusi buka bidaan kereta bantu Palestin

KERETA jenis Volvo XC960 milik Muhammad Sanusi Md. Nor yang dibuka bidaannya bagi membantu perjuangan rakyat Palestin.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md. Nor hari ini membuka bidaan bagi salah sebuah kereta kesayangannya bagi membantu perjuangan umat Islam di Palestin menerusi Tabung #Aid4Palestine.

Beliau berkata, kereta Volvo XC60 3.0cc AWD T6 keluaran 2010 itu dibelinya dengan harga RM60,000 pada 2018.

Katanya, beliau kemudiannya menghabiskan sebanyak RM25,000 bagi membuat pembaikan dan menukar alat ganti kepada yang asli hingga pemanduannya terasa seperti kereta baharu.

“Saya buka harga bidaan sebanyak RM55,000 dengan 100 peratus hasilnya nanti akan dimasukkan ke #Aid4Palestine iaitu pembida yang berjaya, boleh terus membayar ke Tabung Kemanusiaan PAS Relief menerusi akaun Maybank bernombor 5640 7061 4481 atau 5640 7061 2333.

“Kereta ini telah selesai hutang bank. Sayang sangat pada kereta ini tetapi sayang lagi kepada saudara kita di Palestin,” katanya menerusi laman Facebooknya di sini, hari ini.

Pada 13 Mei lalu, Muhammad Sanusi turut mengumumkan sumbangan sebanyak RM200,000 daripada kerajaan negeri kepada #Aid4Palestine sebagai tanda kebersamaan kerajaan negeri terhadap perjuangan rakyat Palestin.

Duta Khas Perdana Menteri ke Asia Barat, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebelum ini mengumumkan penubuhan sekretariat #Aid4Palestine sebagai kempen kesedaran terhadap Palestin dengan sasaran kutipan dana sebanyak RM1 juta.

Mengulas lanjut mengenai keadaan kereta itu, Muhammad Sanusi berkata secara keseluruhannya kenderaan itu berada dalam keadaan ‘tip-top’.

“Tak ada apa yang perlu diperbaiki lagi sama ada dalam aspek enjin, kotak gear dan ‘suspension’. Cumanya penyerap hentak but belakang saja yang sedikit lembut,” katanya.

Tambahnya, sesiapa yang berminat boleh terus menghantar mesej secara terus kepadanya di Facebook.

“Bidaan ini dibuka selama tiga hari saja dan pembida tertinggi akan dihubungi sebaik bidaan ditutup pada 18 Mei 2021 pukul 3 petang.

“Pembida yang serius boleh menyertai bidaan ini. Mereka yang tak serius, tak payah kacau daun,” katanya.- UTUSAN ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN