Sabah tidak benarkan rentas daerah semasa Aidilfitri - Utusan Malaysia

Sabah tidak benarkan rentas daerah semasa Aidilfitri

Masidi Manjun
MASIDI MANJUN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Kerajaan negeri memutuskan untuk tidak membenarkan aktiviti rentas daerah bermula 10 hingga 16 Mei ini.

Bagaimanapun, pengecualian diberikan atas urusan kecemasan.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun berkata, sepanjang tempoh itu, daerah Kota Kinabalu, Putatan dan Penampang dikategorikan sebagai satu daerah.

“PDRM akan melaksanakan sekatan jalan raya (SJR) bagi mengawal pergerakan rentas daerah semasa tempoh berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sebelum ini, kerajaan negeri membenarkan pergerakan rentas daerah mengikut enam zon yang ditetapkan.

Sabah kini berada di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang bermula pada 27 April hingga 17 Mei.

Hari ini, Sabah merekodkan 69 kes positif baharu Covid-19 dengan satu kluster baharu iaitu kluster Jalan Tunku Kota Kinabalu.

Kes indeks kluster ini membabitkan pekerja pembersihan di tingkat dua bangunan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) cawangan Kota Kinabalu.

Sehingga kini, 10 kes positif dilaporkan merangkumi tiga kes di Kota Kinabalu, empat kes di Papar, dua kes di Putatan dan satu kes di Penampang.

Setakat ini, jumlah kumulatif kes Covid-19 di Sabah adalah 58,580 kes dan 438 kes kematian direkodkan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya