PKRC penuh selepas 48 jam dibuka - Utusan Malaysia

PKRC penuh selepas 48 jam dibuka

PKRC Dewan JKKN di Kota Bharu yang akan dibuka minggu ini. - UTUSAN/ROHANA MOHD. NAWI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Peningkatan mendadak kes Covid-19 di Kelantan menyebabkan Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC) yang baharu mulai penuh hanya dalam tempoh 48 jam selepas beroperasi.

Pengarah PKRC Kelantan, Dr. Mohd. Azman Yacob berkata, memandangkan 14 PKRC sedia ada mulai penuh, tiga lagi PKRC bakal dibuka bagi menampung pertambahan pesakit iaitu di Pasir Puteh, Kuala Krai dan Machang.

Katanya, pihaknya sudah melawat tiga tapak PKRC baharu itu baru-baru ini dan mendapati lokasi terbabit sesuai untuk menempatkan pesakit Covid-19.

“Kita mencari lokasi yang ada kelengkapan seperti katil, tandas dan pendingin hawa bagi mengelak kerja-kerja pengubahsuian yang terlalu lama.

“Kebimbangan kita adalah apabila melihat pertambahan mendadak pesakit Covid-19 apabila PKRC yang baru dibuka dua hari lalu di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kampung Laut, Tumpat juga sudah penuh sejak semalam,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas mengadakan lawatan ke PKRC Dewan Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) di sini hari ini.

Mohd. Azman mengakhiri tugas sebagai Pengarah PKRC Kelantan hari ini dan tugas tersebut digantikan Dr. Zurairie Mohd. Zubir yang turut melakukan tinjauan hari ini.

Dalam pada itu, Mohd. Azman berkata PKRC Dewan JKKN menempatkan 220 katil termasuk kelengkapan khas kepada 70 pesakit kategori tiga yang sebelum ini menerima rawatan di Hospital Raja Perempuan Zainab II di sini.

Katanya, pembukaan banyak PKRC di Kelantan juga disebabkan pesakit warga emas yang tidak digalakkan menjalani tempoh kuarantin di rumah kerana tidak sesuai.- UTUSAN ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN