PKRC Pasir Gudang capai kapasiti 91 peratus - Utusan Malaysia

PKRC Pasir Gudang capai kapasiti 91 peratus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PASIR GUDANG: Pusat Rawatan dan Kuarantin Covid-19 (PKRC) di Stadium Tertutup Majlis Bandaraya Pasir Gudang (MBPG) di sini sudah mencapai kapasiti penggunaan sebanyak 91 peratus susulan peningkatan kes di negeri ini.

Bilik Gerakan PKRC MBPG dalam satu kenyataan memberitahu, angka itu melibatkan seramai 952 pesakit kategori satu dan dua yang tidak bergejala dan tidak berisiko tinggi untuk menjalani rawatan di pusat berkenaan.

Menurutnya, bagi menangani peningkatan kes berkenaan, sebuah lagi PKRC bakal dibuka namun perkara tersebut akan dimaklumkan kemudian.

“Pesakit yang diarahkan menjalani kuarantin di PKRC haruslah mengikut masa yang ditetapkan Pusat Penilaian COVID-19 (CAC) untuk urusan pendaftaran di PKRC.

“Pesakit mesti mematuhi arahan yang dikeluarkan dari semasa ke semasa,” menurut kenyataan itu hari ini.

Orang ramai yang memerlukan maklumat lanjut boleh menghubungi Bilik Gerakan PKRC di talian 07-2567279 atau 07-256 0149.

PKRC Pasir Gudang mula beroperasi sejak 10 Februari lalu dan telah merawat seramai 5,978 pesakit Covid-19.

PKRC diuruskan kerajaan berkenaan menempatkan sejumlah 1,043 katil manakala sebuah lagi PKRC swasta di DB Kompleks Iskandar Puteri, Nusajaya mempunyai 395 katil. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN