PKP: Perkhidmatan feri beroperasi seperti biasa - Utusan Malaysia

PKP: Perkhidmatan feri beroperasi seperti biasa

Operasi feri laluan Kuala Kedah-Langkawi dihentikan sepanjang tempoh PKPD.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Perjalanan feri ke Langkawi dari Kuala Kedah di sini dan Kuala Perlis, Perlis beroperasi seperti biasa sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di lima daerah di negeri ini bermula hari ini termasuk di Kota Setar.

Pengurus Sumber Manusia dan Operasi, Konsortium Ferry Line Ventures Sdn. Bhd., Kapten Baharin Baharom berkata, penumpang dari kawasan PKP berkenaan disarankan mengikut prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan pihak  berwajib termasuk surat kebenaran rentas daerah daripada polis.

“Setakat ini operasi feri adalah seperti biasa iaitu dua perjalanan dari Kuala Kedah dan satu perjalanan dari Kuala Perlis.  Sementara perjalanan dari Kuah, Langkawi pula adalah dua perjalanan ke Kuala Kedah dan satu perjalanan ke Kuala Perlis.

“Memandangkan terminal feri Kedah terletak dalam kawasan PKP, Kota Setar jadi penumpang dinasihatkan untuk mendapatkan surat pelepasan daripada polis,” katanya di sini hari ini.

Beliau menambah, penumpang boleh menyemak jadual perjalanan di laman web Ferry Line sekiranya ada apa-apa perubahan.

Semalam, Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan pelaksanaan PKP di lima daerah di negeri ini bermula hari ini hingga 14 Mei depan.

Lima buah daerah itu ialah di Kota Setar, Kuala Muda, Bandar Baharu, Baling dan Kulim. -UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya