Perlu terus sokong Palestin walau ada genjatan senjata - Utusan Malaysia

Perlu terus sokong Palestin walau ada genjatan senjata

KAMARUDIN Abdullah
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGETOWN: Kempen kesedaran dan solidariti rakyat negara ini untuk menyokong perjuangan rakyat Palestin menuntut kebebasan tanah air mereka perlu diteruskan walaupun rejim zionis bersetuju mengadakan gencatan senjata dengan Hamas.

Presiden Pertubuhan Penyebaran Islam Antarabangsa (IPSI), Datuk Kamarudin Abdullah berkata, ini kerana perjuangan rakyat Palestin untuk membebaskan negara mereka daripada kezaliman rejim Zionis adalah satu perjuangan yang panjang.

Katanya, disebabkan itu sokongan umat Islam kepada rakyat Palestin juga tidak seharusnya dilakukan secara bermusim.

“Kempen kesedaran mengenai penindasan yang dilakukan rejim zionis kepada rakyat Palestin perlu dijalankan secara berterusan oleh umat Islam menerusi pelbagai medium seperti media sosial.

“Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) juga perlu secara konsisten mendesak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) memberi kemerdekaan kepada Palestin seperti mana kejayaan perjuangan rakyat Afrika Selatan bebas daripada dasar aparteid,” katanya di sini hari ini.

Dalam pertempuran yang bermula pada 10 Mei lalu, lebih 200 penduduk Palestin terkorban selepas rejim Zionis melancarkan serangan udara di Gaza.

Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu dilaporkan berkata, beliau bersetuju menerima gencatan senjata itu yang diusahakan oleh Mesir selepas mengadakan mesyuarat dengan Kabinet Keselamatan negara itu Khamis lalu.

Kamarudin yang juga Ahli Majlis Syura Kerajaan Negeri berkata, negara-negara Islam juga harus bersatu dalam memberikan bantuan untuk membangunkan semula infrastruktur di Gaza yang musnah akibat dibedil rejim Zionis.

“Negara-negara Islam yang kaya seperti Qatar boleh memainkan peranan membantu membina semula Palestin.

“Kita juga teruskan menyumbang dari segi kewangan dan berdoa serta teruskan menyokong mereka menerusi media sosial yang efektif untuk kebebasan Palestin,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya