Pengantin kuarantin saksikan akad nikah dalam talian - Utusan Malaysia

Pengantin kuarantin saksikan akad nikah dalam talian

FATIN Farhanah Solahuddin mengaminkan doa selepas selesai majlis pernikahannya dengan pasangan yang diikuti secara dalam talian kerana menjalani kuarantin hari ketiga di Kampung Kepah, Hulu Terengganu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HULU TERENGGANU: Seorang pengantin perempuan yang menjalani kuarantin di Kampung Kepah di sini hanya mampu menyaksikan majlis pernikahannya secara dalam talian hari ini.

Fatin Farhanah Solahuddin, 24, yang menjadi kontak rapat kepada individu disahkan positif Covid-19, bagaimanapun bersyukur kerana urusan pernikahannya bersama pasangan, Mohamad Zul Hifzi Omar, 26, berjalan lancar dan selesai kira-kira pukul 10 pagi.

Katanya, majlis pernikahan itu diadakan di rumah ibu saudaranya yang terletak berdekatan dengan kunjungan suaminya disertai bersama dua saksi manakala dia pula menjalani kuarantin di lokasi berasingan sementara menunggu keputusan ujian saringan Covid-19, esok.

“Pernikahan kami dirancang pada 5 Jun ini tetapi semalam kedua-dua keluarga bersetuju agar majlis dipercepatkan berikutan pelaksanaan sekatan pergerakan penuh pada Selasa ini.

“Saya mula kuarantin sejak Jumaat lalu dan saya lega majlis dipermudahkan walaupun perubahan dibuat dalam masa singkat,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Fatin Farhanah yang merupakan pegawai khas kepada Pengerusi Iman Care Terengganu turut merancang untuk mengadakan majlis kenduri kecil-kecilan mengikut prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan selepas wabak Covid-19 reda.

Menurutnya, kali terakhir dia berjumpa suaminya adalah semasa hari pertunangan mereka pada 2 April lalu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN