Pemerkasa+ berjumlah RM40 bilion - Utusan Malaysia

Pemerkasa+ berjumlah RM40 bilion

MUHYIDDIN YASSIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, Program Bantuan Pemerkasa Tambahan (Pemerkasa+) dengan nilai keseluruhan RM40 bilion akan dilaksanakan berlandaskan tiga matlamat utama.

Menurut beliau, matlamat tersebut adalah:
1) Mempertingkat kapasiti kesihatan awam;
2) Meneruskan agenda Prihatin rakyat;
3) Menyokong kelangsungan perniagaan.

Beliau berkata, kerajaan akan memastikan kapasiti kesihatan awam sentiasa diberi keutamaan.

“Seperti kenyataan saya sebelum ini, kita akan beralih ke fasa-fasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) secara berperingkat berdasarkan penilaian risiko oleh Kementerian Kesihatan mengambil kira antara lain jumlah kes Covid-19 serta penggunaan kapasiti hospital serta unit rawatan rapi (ICU).

“Sehubungan itu, kerajaan bersetuju untuk menambah peruntukan RM1 bilion bagi meningkatkan kapasiti dan memperkukuhkan kesihatan awam. Pertambahan peruntukan ini adalah komitmen kerajaan memastikan sistem kesihatan tidak akan runtuh dan beroperasi dengan berkesan,” katanya dalam Perutusan Khas Perdana Menteri: Bantuan PKP 3.0 malam ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya