Lima rumah musnah dalam kebakaran - Utusan Malaysia

Lima rumah musnah dalam kebakaran

ANGGOTA bomba memadam kebakaran rumah setinggan di Padang Tembak di Teluk Intan. - UTUSAN/IHSAN JBPM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TELUK INTAN: Lima rumah setinggan dan sebuah motosikal musnah dalam kebakaran di Padang Tembak di sini semalam.

Dalam kejadian pada pukul 9.47 malam itu, penghuni kediaman tersebut sempat menyelamatkan diri masing-masing.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Teluk Intan, Mohd. Ismail Mohd. Yunus berkata, sepasukan anggota dan jentera digerakkan ke lokasi kejadian untuk operasi memadam kebakaran.

Katanya, setibanya di lokasi, didapati api marak membakar tiga buah rumah kelas B yang musnah terbakar 90 peratus.

“Kebakaran itu turut menyebabkan sebuah motosikal musnah terbakar 90 peratus manakala sebuah rumah kelas B dan kelas C masing-masing terbakar 15 dan 18 peratus.

“Anggota berjaya mengawal kebakaran daripada merebak dan kejadian itu tidak melibatkan kemalangan jiwa,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata, operasi memadam kebakaran itu turut dibantu BBP Hutan Melintang dan Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Teluk Intan, PBS Langkap dan PBS Batu 12 dengan jumlah keanggotaan 53 orang.

“Punca kebakaran dan kerugian dialami mangsa masih dalam siasatan. Operasi ditamatkan pada pukul 12.30 tengah malam,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN