Lapor perlanggaran SOP hari raya kepada polis - Utusan Malaysia

Lapor perlanggaran SOP hari raya kepada polis

HOO Chang Hook (dua kiri) ketika meninjau lokasi SJR sempena Program KPD Jempol Menyantuni Bekalan Sahur Petugas SJR Kawasan Pentadbiran IPD Jempol, di Jempol pagi tadi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JEMPOL: Orang awam perlu membuat laporan jika melihat dan mengetahui sebarang aktiviti perlanggaran prosedur operasi standard (SOP) semasa Aidilfitri di kawasan perumahan masing-masing.

Ketua Polis Daerah Jempol, Superintenden Hoo Chang Hook berkata, orang awam boleh menyalurkan maklumat melalui aplikasi WhatsApp kepada Bilik Gerakan Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Jempol di talian 011 – 5890 1412 dalam usaha membendung penularan Covid-19.

Sementara itu katanya, sepanjang pelaksanaan operasi dari Januari sehingga 11 Mei lalu, pihaknya telah mengeluarkan 93 kompaun pelbagai kesalahan yang melanggar SOP.

“Sepanjang tempoh ini polis telah menangkap enam orang warga asing atas kesalahan merentas negeri tanpa surat kebenaran daripada polis dan kesemuanya telah dituduh di mahkamah.

“Team Pemantuan Task Force dengan kerjasama pelbagai agensi sentiasa memantau tempat beribadat, tempat sektor ekonomi dan tempat tumpuan orang ramai yang diketahui sering melanggar SOP yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Megara (MKN),” katanya.

Beliau berkata demikian sempena Program Ketua Polis Daerah Jempol Menyantuni Bekalan Sahur Petugas Sekatan Jalan Raya (SJR) Kawasan Pentadbiran IPD Jempol, di sini, pagi tadi.

Chang Hook berkata, sempena program berkenaan dia telah meninjau tiga SJR iaitu SJR Sg Lui, SJR Ladang Gaddess dan SJR Rompin.

Menurut beliau, bukan hanya membawa bekalan makanan dan minuman untuk tambahan makanan sahur yang sedia ada, kesemua petugas diberikan peringatan berkaitan penugasan di SJR yang perlu dilaksanakan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN