KPN jamin tidak abai kebajikan pesara polis - Utusan Malaysia

KPN jamin tidak abai kebajikan pesara polis

ACRYL SANI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA : Ketua Polis Negara memberi jaminan PDRM sesekali tidak akan mengabaikan kebajikan pesara polis.

Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, arahan akan dikeluarkan kepada semua Ketua Polis Daerah di seluruh negara untuk membuat semakan mengenai bekas anggota dan pegawai agar maklumat terkini mereka dikemas kini ke Bahagian Hal Ehwal Pesara Polis, Bukit Aman.

“Kadang-kala terdapat isu apabila kita ingin menghubungi bekas anggota atau pegawai, mereka didapati telah bertukar alamat, berpindah ke kampung atau sebagainya.

“Keadaan ini menyukarkan kami untuk berurusan dengan mereka khususnya membabitkan aspek kebajikan,” katanya dalam sidang akhbar khas di Bukit Aman di sini semalam.

Terdahulu, Acryl Sani memberitahu tiga fokus utama akan ditekankan beliau adalah memperkasakan integriti dalam kalangan warga PDRM, memperkasakan sistem penyampaian perkhidmatan PDRM dan meneruskan usaha kerajaan mengekalkan kesejahteraan masyarakat.-UTUSAN ONLINE 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN