KL- Sogo, kawasan sekitar penuh orang ramai - Utusan Malaysia

KL- Sogo, kawasan sekitar penuh orang ramai

Sebahagian warga kota mengambil peluang dengan membeli belah di Pusat Beli Belah Sogo pada hujung minggu sebelum sambutan Hari Raya Aidilfitri semasa perintah kawalan pergerakan dilaksanakan pada 7 Mei di seluruh negeri Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Gambar dirakam ketika tinjauan kawasan yang dikategorikan sebagai 'Hotspot Identification for Dynamic Engagement' (HIDE) semasa persiapan akhir sambutan Hari Raya Aidilfitri di Pusat Beli Belah Sogo di sini hari ini. UTUSAN/ AMIR KHALID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Persekitaran Kompleks Sogo, Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur dan kawasan sekitar penuh dengan orang ramai yang mahu membuat persiapan Hari Raya Aidilfitri.

Tinjauan Utusan Malaysia mendapati, kompleks dan kawasan sentiasa dikunjungi orang ramai walhal ia merupakan hari kedua pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Kuala Lumpur yang menuntut orang ramai menjaga penjarakan fizikal.

Orang ramai juga dilihat seperti tidak bimbang mengenai jangkitan Covid-19 apabila rata-rata daripada mereka membawa kanak-kanak.

Bagaimanapun seorang pengunjung, Sofia Duledah Yop, 46, berpendapat sepatutnya orang ramai lebih mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan semasa membuat persiapan raya.

Sofia Duledah Yop

Tambah beliau, orang ramai juga tidak sepatutnya membawa kanak-kanak dengan peningkatan Covid-19 yang membimbangkan baru-baru ini.

“Sudah tahu Covid-19 tinggi, tetapi masih ramai yang bawa kanak-kanak. Memang kita hendak persiapan Raya, tetapi dalam masa yang sama kita kena hati-hati,” katanya ketika ditemui di perkarangan Kompleks membeli belah Sogo, hari ini.

Dalam pada itu, Redzuan Abdullah, 48 dan isterinya, berkata, sepatutnya ibu bapa mengambil inisiatif sendiri bagi mengelakkan membawa sama kanak-kanak membeli belah.

“Memang lah tidak tahu saiz kalau tidak bawa mereka (kanak-kanak), tetapi, saya pun hanya agak-agak sahaja saiz mereka.

“Saya memang tidak bawa mereka sebab bimbangkan peningkatan Covid-19 pada masa ini, ” katanya.

Musliha Awang, 42, berkata, persiapan sambutan Aidilfitri nanti agak berbeza kerana persediaan tahun ini secara bersederhana sahaja.

Musliha Awang

Katanya, hal ini berikutan pelaksanaan PKP dan larangan merentas negeri bagi pulang beraya ke kampung.

“Tahun ini saya dengan keluarga sambut di KL (Kuala Lumpur) sahaja. Sambut raya dekat rumah sahaja kerana tidak boleh pergi mana-mana, ” katanya. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya