Ketua Armada Kelantan meninggal dunia - Utusan Malaysia

Ketua Armada Kelantan meninggal dunia

MUHAMMAD AMIIN RIDHUWAN AB. AZIZ
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PASIR MAS: Ketua Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) Kelantan, Datuk Muhammad Amiin Ridhuwan Ab. Aziz, 36, meninggal dunia pagi tadi dipercayai akibat serangan jantung selepas selesai bersahur.

Allahyarham menghembuskan nafas terakhirnya kira-kira pukul 6 pagi di rumahnya di sini.

Setiausaha Armada Kelantan, Che Isham Sharudin Che Hamat Nordin ketika dihubungi Utusan Malaysia mengesahkan perkara tersebut.

Menurutnya, pemergian mengejut Muhammad Amiin Ridhuwan disifatkan sebagai satu kehilangan yang cukup besar buat seluruh pimpinan di peringkat pemuda negeri.

“Arwah merupakan seorang ketua yang cukup komited sepanjang menerajui Armada Kelantan,” katanya.

Che Isham Sharudin memberitahu, ketika ini jenazah arwah masih berada di Hospital Pasir Mas untuk pemeriksaan lanjut.

Katanya, Allahyarham dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Benta, Kampung Pohon Buluh, di sini selepas solat Zuhur.

Allahyarham meninggalkan dua orang isteri dan lapan orang anak.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN