PETALING JAYA : Jangkitan kes Covid-19 di seluruh negara semakin membimbangkan apabila hari ini mencatatkan kes tertinggi sejak pandemik melanda negara ini dengan 7,478 kes baharu.
Perkembangan itu menyaksikan dua hari berturut-turut merekodkan 7,000 kes jangkitan dan menjadikan jumlah keseluruhan kes Covid-19 negara ini mencecah 533,367 kes.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, semua negeri mencatat pertambahan kes pada hari ini dan negeri Selangor sekali gus mendahului dengan 2,455 kes.
“Ini disusuli Kuala Lumpur dengan 760 kes baharu, Sarawak (640), Johor (587) dan Kelantan (547).
“Perlis kekal menjadi negeri melaporkan pertambahan kes yang terendah dengan lapan jangkitan baharu dikesan,” katanya dalam Facebook hari ini. -UTUSAN ONLINE










