Jumlah kenderaan masuk ke Kelantan naik 5 peratus - Utusan Malaysia

Jumlah kenderaan masuk ke Kelantan naik 5 peratus

PINTU masuk utama Kelantan-Terengganu dikawal ketat pihak polis sejak semalam bagi mengelak aktiviti rentas negeri menjelang Aidilfitri. - UTUSAN/TOREK SULONG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Menjelang Aidilfitri tidak lama lagi, terdapat peningkatan sehingga lima peratus jumlah kenderaan dari luar yang masuk ke negeri ini sejak semalam meskipun larangan merentasi negeri masih berkuat kuasa.

Ketua Polis negeri, Datuk Shafien Mamat berkata, pertambahan itu hasil maklumat diperoleh menerusi sekatan jalan raya (SJR) yang sedang dikuatkuasakan di semua pintu masuk utama negeri ini.

Menjelang Aidilfitri tidak lama lagi kata beliau, polis akan menambah lima SJR di tiga daerah iaitu Kota Bharu, Tumpat dan Pasir Mas bagi mengelak orang ramai beraya merentas daerah.

“Bagi memastikan tiada pihak yang cuba mengambil kesempatan merentas negeri mahu pun daerah sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini, Polis Kelantan akan mewujudkan pasukan pemantau khas.

“Pasukan itu akan memantau aktiviti orang ramai dari semasa ke semasa bagi memastikan pematuhan SOP dalam kalangan masyarakat tanpa mengira siapa terus dipatuhi,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Shafien turut memberitahu, hari ini sebanyak 75 kenderaan diarah berpatah balik selepas cuba memasuki negeri ini namun gagal mengemukakan dokumen perjalanan sah selain memberi alasan yang tidak munasabah.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN