Jenazah Harussani selamat dikebumikan - Utusan Malaysia

Jenazah Harussani selamat dikebumikan

PETUGAS kesihatan yang lengkap memakai PPE menguruskan pengebumian jenazah Harussani Zakaria di Tanah Perkuburan Islam Kampung Melayu Sungai Rapat di Ipoh hari ini. - UTUSAN/ZULFACHRI ZULKIFLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Hujan renyai mengiringi pengebumian jenazah Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria di Tanah Perkuburan Islam Kampung Melayu Sungai Rapat di sini hari ini.

Jenazah selamat dikebumikan pada pukul 6.20 petang oleh anggota petugas kesihatan yang lengkap memakai pakaian perlindungan diri (PPE).

Terdahulu jenazah tiba pada pukul 6.05 petang di tanah perkuburan itu setelah dikafan dan disolatkan di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini.

Majlis pengebumian dikawal ketat oleh anggota polis yang menutup jalan masuk ke tanah perkuburan itu mulai pukul 5 petang.

Beberapa ahli keluarga Allahyarham hanya melihat majlis pengebumian dari luar pagar tanah perkuburan.

Petugas media hanya dibenarkan membuat liputan pengebumian dari jarak kira-kira 200 meter.

Turut hadir Timbalan Mufti Perak, Datuk Zamri Hashim.

Harussani, 82, meninggal dunia pada pukul 2 45 petang tadi setelah dirawat kerana positif Covid-19 di HRPB.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.