Gerakan Pulau Pinang buat laporan polis isu 'scam' sumbangan vaksin - Utusan Malaysia

Gerakan Pulau Pinang buat laporan polis isu ‘scam’ sumbangan vaksin

MOHD. Aswaad Jaafar dan ahli Pemuda Gerakan Pulau Pinang membuat laporan polis berhubung isu 'scam' sumbangan vaksin kepada Kerajaan Negeri Pulau Pinang di Georgetown, Pulau Pinang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGETOWN: Parti Gerakan negeri menggesa Ketua Menteri, Chow Kon Yeow membuat laporan polis berhubung isu dakwaan kerajaan negeri menjadi mangsa ‘scam’ sebuah syarikat swasta dalam tawaran sumbangan vaksin Covid-19. 

Jurucakap Pemuda parti itu, Mohd. Aswaad Jaafar berkata, laporan polis itu perlu bagi membersihkan nama beliau selain mempertahankan imej dan kredibiliti kerajaan negeri. 

Jelas beliau, pihaknya sendiri hari ini membuat laporan polis berhubung isu tersebut yang disifatkan sesuatu yang serius apatah lagi melibatkan nilai sumber kewangan melebihi RM100 juta mengambil kira harga pasaran vaksin yang mahu disumbangkan. 

“Laporan polis oleh kerajaan negeri itu juga perlu kerana sidang akhbar bersama oleh Kon Yeow dan bekas Ketua Menteri, Lim Guan Eng telah menimbulkan ketidakpuasan dan kemarahan oleh segelintir rakyat terutama penduduk Pulau Pinang terhadap kerajaan Persekutuan. 

“Situasi ini memecah-belahkan rakyat dan mengancam perpaduan masyarakat untuk bersama-sama dalam usaha untuk menangani epidemik Covid-19, katanya kepada pemberita di sini hari ini. 

Dalam pada itu, Mohd. Aswaad turut menggesa kerajaan negeri menjawab beberapa persoalan yang timbul daripada dakwaan sumbangan vaksin tersebut termasuk meneliti kesahihan surat yang ditulis syarikat swasta terbabit yang didakwa tanpa kepala surat (letterhead).

Selain itu tambahnya, kerajaan negeri juga perlu menjelaskan sama ada melakukan semakan latar belakang syarikat Xintai Development Enterprise Ltd. dan individu yang menawarkan diri memberi sumbangan vaksin itu sebelum mengutus surat kepada Kementerian Kesihatan. 

“Adakah Kerajaan Negeri Pulau Pinang menghubungi pegawai jualan antarabangsa berkenaan untuk mengesahkan kesahihan tawaran itu seperti dicadangkan oleh penderma vaksin untuk mendapatkan maklumat lanjut?” katanya. – UTUSAN ONLINE 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN