Gelar Hamas kumpulan militan, Editor Meja Mandarin TV2 RTM dipanggil beri penjelasan - Utusan Malaysia

Gelar Hamas kumpulan militan, Editor Meja Mandarin TV2 RTM dipanggil beri penjelasan

SAIFUDDIN ABDULLAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Editor Meja Mandarin dan Ketua Editor Berita Mandarin TV2, Jabatan Penyiaran Malaysia (RTM) dipanggil memberikan penjelasan berhubung penggunaan istilah merujuk kepada kumpulan Hamas berkaitan serangan udara Israel terhadap Palestin, semalam.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Saifuddin Abdullah berkata, beliau mengarahkan siasatan dan tindakan lanjut diambil dan meminta mereka yang terlibat menyediakan laporan lengkap.

Menurut beliau, pegawai terlibat juga dikenakan Surat Tunjuk Sebab (STS) dan siasatan lanjut sedang dilaksanakan pihak pengurusan.

“Permohonan maaf secara terbuka dalam siaran berita untuk pembetulan telah disiarkan dalam Berita Tengah Hari pada pukul 1.00 tengah hari dan Berita Mandarin pada pukul 7.00 malam, hari yang sama semalam.

“Seksyen Berita Hal Ehwal Semasa telah diminta mengkaji semula prosedur operasi standard (SOP) tugasan Bilik Berita, khususnya dalam penyuntingan dan penerbitan berita TV untuk memastikan kesilapan serupa tidak berulang
pada masa hadapan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Saifuddin pada masa sama menegaskan, RTM peka tentang situasi yang berlaku dan sentiasa teguh menyokong pendirian Malaysia dan aspirasi rakyat berhubung konflik yang melanda dan mendukung kedaulatan serta kebebasan Palestin.

Katanya, RTM akan terus berusaha dalam menambah baik kualiti penyampaian berita dari semasa ke semasa.

Semalam, tular di media sosial mengenai laporan berita di siaran TV berbahasa Mandarin yang menggunakan istilah militan sebagai merujuk kepada kumpulan pejuang Palestin iaitu Hamas. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya