Desak penjelasan pesawat Israel lalui ruang udara negara - Utusan Malaysia

Desak penjelasan pesawat Israel lalui ruang udara negara

RAZALI IDRIS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA : Kerajaan digesa memberi penjelasan berhubung dakwaan sebuah pesawat Boeing milik Israel yang dikesan merentasi ruang udara Putrajaya sebelum mendarat di pangkalan tentera udara negara jiran.

Pengerusi Kaukus Kesejahteraan Rakyat Dewan Negara, Datuk Razali Idris mempersoalkan pesawat jenis Boeing 737-400 bernombor 4X-A00 milik Israel Aerospace Industries-Elta (IAI-Elta) iaitu sebuah syarikat kontraktor berpangkalan di Tel Aviv diberikan kebenaran terbang di ruang udara negara.

“Rakyat memerlukan penjelasan segera apatah lagi pesawat ini dikatakan diguna pakai sebagai platform ujian peralatan radar dan elektronik termasuk direka untuk menampung sistem perisikan semboyan rondaan maritim, perisikan imej, sistem amaran awal udara (AEW) dan sistem perlindungan misil pesawat komersial.

“Kaukus Kesejahteraan Rakyat Dewan Negara memandang serius dalam soal keselamatan dan kesejahteraan rakyat di negara ini terutama ancaman Israel yang menyasarkan Malaysia, sebagai negara yang lantang memperjuangkan rakyat Palestin dan menentang kezaliman zionisme tentera Israel,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Media tempatan hari ini melaporkan kehadiran pesawat pengintip prototaip Israel yang dilaporkan sedang menjalankan penerbangan ujian merentas ruang udara Putrajaya sebelum mendarat di Singapura.

Pesawat Boeing 732-400 dengan bernombor pendaftaran 4X-AOO milik syarikat IAI-Elta merupakan pesawat perisikan elektronik yang direka untuk menampung sistem perisikan semboyan rondaan maritim, perisikan imej, sistem amaran awal udara (AEW) dan sistem perlindungan misil pesawat komersial.

Dalam pada itu, Razali mendakwa tindakan itu seolah-olah wujudnya cubaan provokasi termasuk keperluan mengancam ketegasan negara kecil seperti Malaysia dan suara lantang Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin terhadap penindasan rakyat Palestin baru-baru ini.

“Apatah lagi baru-baru ini, Tan Sri Muhyiddin mendesak Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bertindak segera bagi memaksa Israel menghentikan kezaliman dan penindasan rakyat Palestin yang tidak berperikemanusiaan,” soalnya. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya