Buruh ditangkap miliki 70 bungkus air ketum - Utusan Malaysia

Buruh ditangkap miliki 70 bungkus air ketum

SEBANYAK 70 bungkusan berisi air ketum dirampas polis dalam satu serbuan di Felda Serting Hilir, Jempol, awal pagi semalam.-IHSAN POLIS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JEMPOL: Buruh ditahan polis selepas dikesan memiliki 70 bungkus cecair dipercayai air ketum dalam satu serbuan di Felda Serting Hilir, di sini, awal pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Jempol, Superintenden Hoo Chang Hook berkata, suspek berusia 25 tahun itu ditangkap di hadapan rumah di dalam kawasan Felda berkenaan kira-kira pukul 12.10 tengah malam.

Menurutnya, suspek yang negatif dadah itu dipercayai menjual air ketum berkenaan untuk pasaran setempat terutamanya di sekitar kawasan Serting.

“Dianggarkan, nilai pasaran bagi 70 bungkus air ketum ini ialah kira-kira RM840. Bagaimanapun, kebiasaannya setiap kali proses memasak ketum boleh menghasilkan kira-kira 200 bungkusan air ketum yang dianggarkan habis terjual dalam masa dua hari.

“Ada kalanya, keuntungan mencecah RM800 sekiranya kesemua bungkusan berkenaan habis terjual,” katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.

Chang Hook berkata, dalam serbuan berkenaan, turut dirampas satu tong berwarna kuning.

Suspek kini ditahan reman dan kes disiasat di bawah Seksyen 30(3) Akta Racun 1952. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN