Bomba bantu potong cincin tersekat pada jari - Utusan Malaysia

Bomba bantu potong cincin tersekat pada jari

ANGGOTA JBPM Teluk Bahang berjaya memotong cincin yang tersekat di jari manis seorang lelaki berusia 28 tahun di Klinik Kesihatan Teluk Bahang, Pulau Pinang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGETOWN: Seorang lelaki terpaksa mendapatkan bantuan anggota bomba selepas cincin yang dipakai di jari manis tangan kanannya tersekat.

Pegawai Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Teluk Bahang, A. Thanabalan berkata, pihaknya menerima panggilan daripada Klinik Kesihatan Teluk Bahang pukul 11.21 malam semalam mengenai kejadian yang menimpa lelaki berkenaan.

“Apabila sampai di lokasi kejadian didapati terdapat seorang mangsa lelaki berusia 28 tahun telah mengalami cincin tersekat di jari manis.

“Kerja-kerja memotong cincin berjaya dilakukan dan mangsa dalam keadaan selamat,” katanya di sini hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN