Banjir: 24 penduduk tiga kampung dipindahkan - Utusan Malaysia

Banjir: 24 penduduk tiga kampung dipindahkan

ANTARA kawasan yang dilanda banjir kilat berikutan limpahan air Sungai Batang Padang di Teluk Intan hari ini. - UTUSAN/IHSAN APM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TELUK INTAN: Seramai 24 penduduk dari tiga kampung di sini dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) selepas kediaman mereka dilanda banjir kilat hari ini.

Jurucakap Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Hilir Perak berkata, kesemua mangsa banjir daripada sembilan keluarga itu kini ditempatkan di Dewan Chikus, Langkap.

Katanya, mereka yang terlibat dari Parit 3, Kampung Batu Pecah, Chikus dan Kampung Belakang Kedai, Degong.

“Banjir kilat berlaku selepas air sungai Batang Padang melimpah akibat hujan lebat sehingga tengah malam tadi yang kemudian memasuki penempatan penduduk pada pukul 12 tengah hari ini.

“Air naik setinggi satu meter di kawasan rumah penduduk dan ketika ini cuaca agak mendung kerana baru lepas hujan,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Menurutnya, paras air Sungai Batang Padang ketika ini berada pada paras 14.50 meter.

Katanya, pihaknya akan melakukan pemantauan dan tinjauan daripada semasa ke semasa.

“Mangsa yang dipindahkan ke PPS membabitkan 10 lelaki, sembilan wanita dan lima kanak-kanak lelaki,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya