45 petugas media Negeri Sembilan terima suntikan vaksin Covid-19 - Utusan Malaysia

45 petugas media Negeri Sembilan terima suntikan vaksin Covid-19

SEBAHAGIAN pengamal media di Negeri Sembilan yang telah selesai menerima suntikan dos pertama vaksin Covid-19 di PPV Hospital UCSI, Bandar Springhill, Port Dickson hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PORT DICKSON: Seramai 45 orang pengamal dan petugas media di Negeri Sembilan telah menerima suntikan dos pertama dan kedua vaksin Covid-19. 

Pengerusi Kelab Media Negeri Sembilan (Manis), Arfi Ahmad berkata, kesemua mereka menerima vaksin lebih awal hasil sokongan dan kerjasama daripada kerajaan negeri yang mengiktiraf petugas media sebagai antara barisan hadapan.

“Alhamdulillah, seramai 45 orang pengamal media daripada 70 orang ahli Manis telah selesai menerima suntikan dos pertama dan kedua vaksin Covid-19.

“Kami berterima kasih kepada kerajaan negeri, khususnya Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun kerana menyedari bahawa petugas media juga perlu menerima vaksin Covid-19 secepat mungkin kerana kami juga adalah barisan hadapan,” katanya ketika ditemui di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Hospital UCSI, Bandar Springhill, dekat sini hari ini.

Menurut Arfi, kesemua petugas media tersebut menerima suntikan dos vaksin mereka di dua buah PPV di negeri ini termasuk di PPV Hospital UCSI.

“Sebuah lagi PPV ialah di Dewan Majlis Bandaraya Seremban. Ahli Manis yang lain akan menerima janji temu suntikan vaksin masing-masing selepas ini,” katanya.- UTUSAN ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya