KOTA BHARU: Terdapat kira-kira 40 individu bergejala jangkitan Covid-19 enggan menjalani tempoh kuarantin di tujuh Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC) di negeri ini. Pengarah PKRC negeri, Dr. Mohd.Azman Yusof berkata, kumpulan itu memberi alasan mereka tidak boleh beraya jika sudah melapor diri di mana-mana PKRC kerana 1 Syawal tinggal kurang seminggu lagi. Menurut beliau, petugas kesihatan sedang memujuk dan merayu individu terbabit pergi ke PKRC untuk menjalani kuarantin sekali…