4 pusat beli-belah, pasar raya dalam HIDE di Pulau Pinang boleh dibuka esok - Utusan Malaysia

4 pusat beli-belah, pasar raya dalam HIDE di Pulau Pinang boleh dibuka esok

CHOW KON YEOW
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGETOWN: Sebanyak empat buah premis beli-belah dan pasar raya di negeri ini yang diarahkan tutup ekoran tersenarai dalam sistem Pengecaman Lokasi Panas untuk Libat Urus Dinamik (HIDE) boleh dibuka semula esok sekiranya selesai menjalani proses sanitasi sepenuhnya.

Empat premis itu ialah pusat beli-belah Queensbay Mall; Gurney Paragorn Mall; Lotus Penang dan Aeon Queensbay Mall dekat sini.

Ketua Menteri, Chow Kon Yeow berkata, keputusan membenarkan premis dibuka semula adalah hasil persetujuan dalam perbincangannya bersama Pengarah Jabatan Kesihatan negeri dan Pengarah Majlis Keselamatan Negara (MKN) negeri dalam mesyuarat hari ini.

Jelasnya, keputusan itu juga adalah berdasarkan mesyuarat Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara: Pengurusan Covid-19 yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin petang ini.

“Mesyuarat itu menekankan yang mana HIDE merupakan sistem amaran awal dan bukannya membabitkan kejadian kluster di lokasi-lokasi berkenaan.

“Apabila sistem HIDE yang dibangunkan oleh Bank Negara tersebut menyenaraikan lokasi-lokasi berkaitan, Kementerian Kesihatan (KKM) akan membuat penilaian risiko sebelum diarahkan tutup,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Sebelum ini, empat premis pusat beli-belah dan pasar raya itu serta sebuah premis kilang di sini termasuk dalam sebanyak 151 titik panas HIDE di seluruh negara sekali gus diarahkan tutup selama tiga hari bermula hari ini untuk kerja-kerja sanitasi. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya