3,744 kes positif; 2,304 kes sembuh; 17 kematian - Utusan Malaysia

3,744 kes positif; 2,304 kes sembuh; 17 kematian

DR. NOOR HISHAM ABDULLAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Malaysia terus merekodkan peningkatan kes positif baharu Covid-19 melebihi 3,000 kes iaitu 3,744 kes berbanding semalam, 3,120 kes manakala kes sembuh iaitu 2,304 kes.

Sebanyak 17 kematian direkodkan manakala kes aktif terus menunjukkan peningkatan iaitu 32,939 kes berbanding semalam, 31,516 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, sebanyak 328 kes memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) manakala 185 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Katanya, Selangor terus merekodkan kes tertinggi positif iaitu 1,548 kes diikuti Kelantan, 480 kes; Sarawak, 419 kes; Kuala Lumpur, 313 kes; Johor,  292 kes; Pulau Pinang, 195 kes dan Kedah, 124 kes.

“Baki negeri merekodkan kes dua angka iaitu Negeri Sembilan,  76 kes; Terengganu, 73 kes; Perak, 65 kes; Sabah, 50 kes; Melaka, 43 kes; Pahang, 49 kes dan Putrajaya, 11 kes.

“Hanya Labuan merekodkan lima kes manakala Perlis, satu kes,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN