18 kenderaan diarah berpatah balik di Kulim - Utusan Malaysia

18 kenderaan diarah berpatah balik di Kulim

AZHAR Hashim memeriksa surat kebenaran merentas negeri daripada seorang pemandu di SJR Plaza Tol Lebuh Raya BKE, Lunas, Kulim, hari ini. - UTUSAN/AZAHAR HASHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KULIM: Sebanyak 18 kenderaan diarahkan berpatah balik selepas gagal menunjukkan surat kebenaran merentas negeri yang dikeluarkan polis dan memberi alasan yang munasabah di sekatan jalan raya (SJR) di daerah ini hari ini.

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintenden Azhar Hashim berkata, semua kenderaan terbabit diperiksa di SJR di Jalan Junjung, Jalan Serdang, Jalan Ekor Kucing dan Plaza Tol Lunas di Lebuh Raya Butterworth-Kulim (BKE) di sini.

Katanya, polis akan melakukan pemeriksaan dengan teliti terhadap kenderaan di SJR tersebut untuk memastikan pemandu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh kerajaan.

“Polis akan memastikan tidak ada kenderaan yang cuba rentas negeri terutama menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri termasuk di lorong tikus,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui di SJR Plaza Tol Lunas Lebuh Raya BKE di sini hari ini.

Selain itu, beliau memberitahu, seramai 100 anggota dan pegawai polis akan bertugas pada setiap hari untuk melakukan pemantauan di kawasan-kawasan yang menjadi tumpuan orang ramai seperti pasar pagi, pasar basah dan pasar raya.

“Polis akan mengambil tindakan tegas ke atas individu yang didapati tidak mematuhi SOP yang ditetapkan bagi mengekang penularan Covid-19,” jelasnya.

Tambahnya, sebanyak 303 kompaun telah dikeluarkan sejak pelaksanaan PKP Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada Mac 2020 sehingga hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN