16 ahli keluarga, pengurus pusat pengebumian dikompaun langgar SOP - Utusan Malaysia

16 ahli keluarga, pengurus pusat pengebumian dikompaun langgar SOP

MOHD. SOHAIMI ISHAK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Polis mengeluarkan kompaun terhadap 16 ahli keluarga dan seorang pengurus pusat pengebumian kerana mengadakan upacara pengebumian tanpa mengikut prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan dalam norma baharu.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintenden Mohd. Sohaimi Ishak berkata, kejadian itu berlaku di Jalan Sungai Tiram, Ulu Tiram, pada pukul 11 pagi, semalam.

Katanya, kesemua mereka dikenakan kompaun kerana majlis tersebut diadakan melebihi bilangan ditetapkan iaitu seramai 10 orang sahaja.

“Polis telah menerima aduan menyatakan terdapat ramai berkumpul di Nirvana Memorial Park Sdn. Bhd. di Jalan Sungai Tiram, Ulu Tiram, Johor.

“Pemeriksaan dibuat mendapati 11 lelaki dan enam perempuan tempatan sedang melakukan upacara pengurusan jenazah,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Tambah beliau, kesemua yang dikenakan kompaun berusia antara 18 hingga 86 tahun yang terdiri daripada ahli keluarga si mati beserta seorang pengurus premis.

“Tindakan dibuat mengikut Akta Pencegahan dan Kawalan Peraturan Penyakit Berjangkit (Langkah-langkah di Kawasan Tempatan yang Dijangkiti) 2021.

“Jika sabit kesalahan, penganjur boleh dikenakan kompaun sebanyak RM10,000 manakala setiap individu dikenakan kompaun sebanyak RM2,000,” ujarnya.

Sehubungan itu Mohd. Sohaimi mengingatkan orang ramai agar sentiasa mematuhi SOP ditetapkan semasa pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ketika ini. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN