15 notis dikeluarkan kepada peniaga langgar SHMMP - Utusan Malaysia

15 notis dikeluarkan kepada peniaga langgar SHMMP

SAIFUL Adli Abu Bakar (dua kanan) meninjau harga barangan SHMMP di Econsave, Kubang Kerian, Kota Bharu. - UTUSAN/ROSLIZA MOHAMED
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Sebanyak 15 notis dikeluarkan kepada peniaga kerana melakukan kesalahan di bawah Skim Harga Maksimum Musim Perayaan ( SHMMP) Hari Raya Puasa di negeri ini bermula 21 April sehingga semalam.

Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Perindustrian, Perdagangan, Pelaburan dan Pembangunan Usahawan negeri, Saiful Adli Abu Bakar berkata, dua kes berkaitan kesalahan gagal mempamerkan tanda harga khas, enam kes tiada tanda harga dan tujuh kes menjual melebihi harga kawalan.

“Tindakan diambil menerusi operasi Kementerian Perdagagan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Kelantan di seluruh negeri bermula 21 April lepas hingga semalam melibatkan pasar awam dan pasar raya.

“Peniaga sepatutnya mematuhi peraturan SHMMP Hari Raya Puasa yang melibatkan 32 barangan iaitu 12 barangan bagi fasa pertama manakala 20 barangan lagi fasa kedua,” katanya selepas meninjau harga SHMMP di Econsave, Kubang Kerian di sini hari ini.

Hadir sama Ketua Pegawai Penguatkuasa KPDNHEP, Azanizam Affendi Juri.

Saiful Adli dalam pada itu berkata, sepanjang tempoh SHMMP dikuatkuasakan, sebanyak 132 premis pemborong dan 2,548 premis peruncit di seluruh negeri ini telah diperiksa oleh penguat kuasa KPDNHEP.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN